Sunday, October 10, 2010

apew 2 musik??????

Musik itu terlalu meluas skopnya. Musik adalah satu cabang yang mempunyai variasi elemen yang sangat besar. Jika kita lihat pada dunia mainstream, musik yang dipamerkan tersangatlah terbatas. Mungkin mereka tidak mahu industri musik mainstream terlalu sarat dan nampak padat. Tetapi berbunyi pula siulan sumbang desas-desus masyarakat kita, ‘Musik Malaysia kita ini yang itu, itu aje’. Berbanding mereka-mereka yang bergelumang dengan alam musik di bawah tanah (underground). Kalau kita dengar juzuk musik yang ada, sampai tiga puluh purnama pun tak sudah. Mereka si anak-anak lahir underground ini bebas dalam menyampaikan nota musik yang rare dan banyak pilihan untuk pendengar membuat pilihan untuk halwa telinga mereka.

Buka lima pancaindera kita sebentar. Kalau ada yang enam deria, buka juga kesemuanya. Cuba kita lihat dan gali arena musik kita dengan pandangan mata yang berbeza. ‘Apa yang kita nampak dari sudut mata kasar takkan jelas seperti kita menggunakan pandangan mata halus.’ Manusia ada banyak kepala, bila banyak kepala, banyak idea dan banyak inspirasi. Banyaklah bunyian dan nada irama yang diberanakkan dari buah fikiran oleh sang pemusik.
Cukup berbicara mengenai jurang antara dua dunia musik yang tak pernah sudah ini, penulis mahu membuka seribu satu kata mengenai salah satu genre yang dianggap lapuk dan kuno. Jadi kita mulakan huruf penulisan mengenai irama old school ini.

Mungkin ada yang tertanya dengan nada sinis ‘Ada orang mahu dengar lagi ke?’ atau ‘Bukan zaman genre ini sudah lepas berlalu ke?’ dan ada yang berkata ‘Genre ni dah ketinggalan zaman,la’ Jenuh dua telinga ini mendengar cakap-cakap kolot itu. Bukan penulis mahu mengatakan yang penulis ini terlalu moden orangnya mengenai hal ini tapi cuba kita tinggalkan sebentar persepsi sempit ketat itu. Jadi, sila buka pekung minda seluas-luasnya sila baca perenggan seterusnya untuk menyatakan autanya kenyataan diatas mengenai genre ini.
Ramai antara kita yang mengikut perkembangan pentas musik kita, sana situ sini sibuk memperkatakan irama retro berputar kembali. Genre yang berzaman duduk di dalam peti, dikeluarkan kemas lalu diperdengarkan. Nasib yang sama terjadi kepada musik Grunge iaitu sebuah subgenre dari rock alternatif yang diinspirasi oleh hardcore punk,hard metal dan indie rock.

Seakan ‘mati hidup semula’, musik purba lama itu yang pernah muncul pada pertengahan 1980-an di negara Amerika atau lebih sinonim dengan Wilayah Seattle. Daripada jatuh tersungkur, bangun dan menatih jalan semula , genre yang hampir lupus dimakan zaman ini telah bangkit semula menerjah lubang telinga para pendengar.
Sambil menghisap sebatang Winston duduk di balkoni rumah tingkat 14 kalau terjun mesti koma dan confirm mati, tiba-tiba otak melayang mengingatkan waktu muda remaja. Saat itu hidung masih berhingus-hingusan dan rutin harian tetap adalah pakai baju jenama seragam sekolah. Dikala punggung ini masih mengalas di atas kerusi sekolah, budak-budak lelaki sibuk mengatakan mereka layan Grunge, mereka dengar musik Grunge. mereka berjiwa grungy, bunyi telefon bimbit pun nak lagu Lithium dendangan rabak oleh band famous Grunge si Nirvana dan bila waktu luar sekolah nak oergi jalan-jalan mereka pakai seluar rabak tahap gampang. Penulis hanya persetankan gejala abnormal itu. Bak kata ayat favourite orang-orang sekarang, 'Ada aku kisah?'.

Entah mengapa ketika itu otak penulis masih sempit. Penulis sungguh syok melayan lagu jiwang sadis dari kumpulan New Boys. Kalau nak advance sikit, dengarlah lagu ‘Pencinta Wanita’ dari mat Indon Irwansyah. Memang sangat jahil mengenai dunia musik yang sebenar-benarnya ketika itu. Skop pengetahuan musik saya seakan terlalu minimum. Ini yang penulis kata bagi frasa ayat di
Bila usia bertambah nombor, otak penulis baru nak bercambah. Berkawankan budak-budak bawah tanah dari negeri bersejarah, tempat Encik Hang Tuah dan sekutu beliau bertapak dan bermaustatin suatu ketika dahulu, baru penulis mengenali serba sedikit mengenai genre rabak ini. Nafsu Grunge di kalangan anak-anak Melaka ini membuak-buak seakan sangapnya menghisap ganja. Lalu saya terheret sekali terjebak dengan dunia musik bising itu maka mula berkyahal dengan lagu-lagu mereka. Ini yang penulis maksudkan bagi frasa ayat di perenggan diatas ‘Apa yang kita nampak dari sudut mata kasar takkan jelas seperti kita menggunakan pandangan mata halus.’. Membawa erti yang sama ‘Tak kenal maka tak cinta’.

Pemusik Grunge mula tersenyum hingga ke cuping telinga apabila melihat orang-orang yang mula stim dengan musik Grunge dan heboh menguar-uarkan slogan ‘Grunge Not Dead’. Selain daripada itu, genre Grunge ini juga menjadi bahan topik mata pena Nazri Ahmadeus di ruangan khas di dalam majalah musik yang agak glamour pada abad ini iaitu ROTTW. Tambahan pula, pihak Xfresh F.M mula memutarkan lagu dari band-band Grunge seperti Dish, Vandalsludge, Migrain dan lain-lain. Thumbs up! Kepada mereka dan sejuta penghargaan bagi menyediakan ruang untuk musik Grunge bertapak.

Abang-abang otai Grunge seperti Nirvana, Tad, Sound Garden, Pearl Jam, Silverchair, Creed, The Vines, Foo Fighters, Sonic Youth, Mudhoney, Melvins, Hole, dan abang besar Grunge Malaysia yang unggul iaitu Butterfinger, pasti tersenyum girang melihat semangat Grunge yang diwujudkan oleh generasi kini yang masih mahu mengiramakan kembali musik ini dan gigih mengekalkan musik irama mereka terdahulu.

Mengenai fenomena ini, apa yang diperlukan sekarang adalah band-band Grunge yang baru dan freshie yang memiliki jiwa berjuang dalam kesederhaan dan orang yang bersifat terbuka untuk menerima musik yang asing di telinga mereka. Jangan menganggap kita yang mendengar music ini bersikap komunis dek kerana musik ini datangnya dari negara luar. Penulis rasa itulah yang diperlukan disini. Mungkin tulisan ini sangat kurang dan terlalu cacat, tapi semoga ia menjadi tatapan tidak sakit mata oleh kalian. Terima kasih.